Seringkali kita mendengar tokoh-tokoh
tertentu atau kumpulan-kumpulan tertentu yang mendabik dada dengan
pengikutnya yang ramai mendapat sokongan yang kuat seolah-olah hendak
membuktikan bahawa mereka berada di landasan yang benar. Tetapi kita
perlu ingat bilangan yang ramai itu tidak semestinya menunjukkan kita
berada di pihak yang benar. Allah tidak menilai dan memandang kuantiti
yang ada pada kita tetapi melihat kepada kualiti iman dan amalan kita.
Jika kita membaca hadith-hadith Nabi s.a.w kita akan dapati bahawa pihak
yang benar di akhir zaman nanti ialah pihak yang sedikit bilangannya
berbanding pihak yang berada di jalan yang salah. Hadith daripada
Thauban r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sentiasa ada satu golongan daripada www.mimpirasta.blogspotkalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut.” (H.R. Muslim)
Hadith ini jelas membuktikan bahawa pada
akhir zaman nanti pejuang-pejuang kebenaran dan mereka yang menyeru
kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran bukan daripada kalangan yang
ramai tetapi terdiri daripada kumpulan yang kecil. Mereka akan berjuang
menegakkan kebenaran, mengajak kepada berpegang dan kembali kepada
ajaran Al-Quran dan As-sunnah, bersabar di atas segala celaan dan hinaan
dan tidak takut kepada ancaman.
Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan
kepada kita mengenai www.mimpirasta.blogspottibanya zaman di mana Islam dianggap asing oleh
masyarakat sekeliling sebagaimana zaman permulaan Islam dahulu. Pada
masa itu orang yang mengamalkan Islam dianggap asing. Orang yang menyeru
kepada kebaikan dianggap ketinggalan zaman, orang yang mencegah
kemungkaran dianggap menjaga tepi kain orang atau tuduhan-tuduhan
seumpamanya. Pada hari ini kita telah merasai keasingan Islam itu. Sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaiman ia bermula maka beruntunglah orang yang asing. Sahabat-sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah siapakah orang asing itu?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Orang yang melakukan pembaikan (islah) ketika rosaknya manusia, tidak bersengketa dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan orang yang berada pada tauhid disebabkan dosa.” (H.R. Muslim)
Terdapat pelbagai riwayat yang
menjelaskan maksud ghuraba’ (asing) sebagaimana yang terdapat dalam
hadith ini antaranya ialah golongan soleh yang bilangannya sedikit dalam
kumpulan ramai yang melakukan kejahatan. Antara sifat ghuraba’ ialah
tetap berpegang dengan ajaran Islam ketika masyarakat dalam keadaan
rosak. Perkara ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadithnya yang
bermaksud:
“Telah berpecah Yahudi kepada 71 kumpulan dan telah berpecah Nasrani kepada 72 kumpulan dan akan berpecah umatku kepada 73 kumpulan kesemuanya dalam neraka melainkan satu.” Dikatakan siapakah dia wahai Rasulullah (golongan yang satu)? Jawab Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang berpegang dengan apa yang aku pegang dan sahabatku.”
Jika kita membaca sejarah perjuangan
Rasulullah s.a.w kita akan dapati bagaimana risalah Islam yang dibawa
oleh baginda dianggap asing sehingga ditentang hebat oleh kafir Quraisy
Mekah. Dakwah kepada agama tauhid yang dibawa oleh Rasulullah pada
peringkat awalnya hanya diimani oleh kalangan keluarga dan sahabat yang
terdekat sahaja.
Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w
dianggap asing dan pelik oleh masyarakat Jahiliah apatah lagi
Rasulullah s.a.w menentang berhala-berhala mereka, menentang amalan
syirik dan khurafat yang mereka lakukan, menentang perzinaan, adat dan
budaya yang biasa mereka agungkan. Justeru, apabila Rasulullah s.a.w
membawa sesuatu yang bertentangan dengan amalan nenek moyang mereka maka
mereka mula bertindak balas dengan menghina, mencela Rasulullah dan
menyeksa serta membunuh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Inilah
gambaran tentang asingnya Islam itu pada peringkat awal dakwah
Rasulullah s.a.w.
Firman Allah s.w.t dalam surah Hud ayat 120:
“Setiap berita daripada Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya; telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang yang beriman.”
Apa yang digambarkan oleh Rasulullah
s.a.w mengenai keasingan Islam telah mula kelihatan dalam masyarakat
kita. Nilai-nilai Islam yang masih ada dalam diri kita telah terhakis
sedikit demi sedikit, dosa-dosa besar dianggap biasa, kefasadan dan
kemaksiatan dibiarkan berlaku secara terang-terangan, orang-orang jahil
bercakap mengenai Islam dan kurangnya perlaksanaan al-amru bi al-ma’ruf
wan nahy ‘anil-munkar.
Asingnya Islam juga ialah apabila umat
Islam mengabaikan kewajipan ibadat mereka kepada Allah s.w.t,
mengabaikan perkara fardu, jahil mengenai hukum halal dan haram,
mendekati perkara syubhat, riba’ dianggap halal. Yakin bahawa tanpa
riba’ ekonomi tidak mampu berkembang. Arak dan judi jika diharamkan akan
memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara.
Perkara ma’ruf dianggap munkar dan
munkar dianggap ma’ruf. Kebenaran dan kebatilan dicampuradukkan. Apa
yang paling menakutkan ialah manusia lebih mempercayai hukum ciptaan
manusia daripada hukum ciptaan Allah. Mereka yakin bahawa dengan
melaksanakan hukum Allah akan menyebabkan Negara berada dalam keadaan
kucar kacir dan kacau bilau.
Antara bukti asingnya Islam ialah
apabila umat Islam dihina, dibunuh dan disembelih tetapi umat Islam lain
hanya memerhatikannya sahaja. Lebih mengaibkan lagi apabila umat Islam
bergantung penuh kepada negara luar dengan anggapan tanpa kuasa luar
kita tidak mampu melakukan apa-apa.
Marilah sama-sama kita muhasabah diri,
melihat sumbangan masing-masing terhadap agama yang kita cintai ini.
Berapa ramaikah di kalangan kita yang mempunyai sifat ghuraba’ (asing)
sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w? Berapa ramai di
kalangan kita yang sanggup menegur dan mencegah kemaksiatan dan
kezaliman yang berlaku dalam masyarakat? Berapa ramai di kalangan kita
yang berani untuk mempertahankan Islam, memperjuangkannya dan
menegakkannya. Berapa ramai di kalangan kita yang sanggup menahan celaan
dan tohmahan kerana mempertahankan Islam?
Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita dengan sabdanya yang bermaksud:www.mimpirasta.blogspot
“Mana-mana orang mukmin yang melihat orang mukmin lain dihina dan diaibkan tetapi dia tidak bingkas menolongnya, pada hal dia berkeupayaan membelanya, nescaya Allah mengaibkan dirinya di hadapan orang ramai pada hari kiamat kelak”. (H.R. Ahmad)
Marilah sama-sama kita kembali kepada
ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Moga-moga dengan kembalinya
kita kepada ajaran Islam yang sebenar akan menjadikan kita umat yang
bermotivasi, berinovasi dan memiliki keazaman yang tinggi untuk kembali
semula menjadi umat yang cemerlang.
“Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang benar sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang yang kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; Janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.” (Hud:112)
www.mimpirasta.blogspot
0 comments:
Post a Comment